follow | dash
//Make Love Like Rainbow
The Owner
Annyeong !


As'salam & annyeong. I'm an ordinary girl and wifeu of my bias. Do leave your footprints & do visit again. ThanKYU.




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



YOUR CBOX CODE HERE !
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
//Kem Palapes Tentera
Assalammualaikum

Hari nie nak Wa nak cerita pasal Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam tu . Walaupun dalam hutan tapi menyeronokkan gila - gila . Ekcelli sebenarnye happy sebab dapat join kem tu , hehe :D Banyak benda nak cerita nie .

First day , kiteorang pergi sana naik bas sekolah tau . Perghh best gile , riuh rendah dalam bas tu dah macam kat market :D papepon memang best arh . Ingadkan naik bas cikgu bagi- bagi group , rupanya pilih sendiri . Alhamdulillah :)

Wa kat sana jadi ketua khemah untuk khemah Wa . Satu khemah ada 4 orang , Wa dan member- member Wa yang lain semua tido selesa . Khemah Wa didirikan atas tar . Panas ! Tapi nasib baik luas . Kalau tak memang menangis lah member Wa yang bernama SOFIYA tu . Kesian tangan kau SOFIYA kene tendang ngan tutttt . Tu lah lain kali gatal lagi tangan tu nak usik sana sini . Hayooo

Kat sana ada 7 kumpulan . Wa kumpulan 1 , nama ketua kumpulan Wa NAZRUL :) Wa rasa kumpulan Wa yang paling sportinggg , sebab ketua kumpulan Wa otak gila - gila . Senang nak berkerjasama dalam satu kumpulan . Wa nak cakap tahniah kat kumpulan 7 sebab dapat jadi kumpulan yang terbaik dan tahniah juga kepada IZZUL IZZUDIN sebab dapat anugerah individu terbaik . Bak kata ketua kumpulan WA , poyo gitu pon boleh dapat .

Pada malam first day tu kiteorang kena kawad malam . Sejuk je udara time tu . Tapi semua tetap berpeluh . Kiteorang telah dipisah -pisahkan kepada unit beruniforn sendiri . Wa kena jadi KOMANDER , pastu sarjan yang latih kiteorang kat sana pilih NAZRUL n last sekali dia pilih ZULFIKAR . Time kawad tu wa rasa nak gelak je tengok dua hamba Allah tu bagi koman . WA nak bagi amaran yang tak berapa keras nie kepada ZULFIKAR sebab berani dende kiteorang , siap kau nanti Zul . Dah lah kerjanya asyik ketawakan WA je . Malu lah WA .

Second day , kiteorang telah dibagi pendedahan tentang latihan - latihan disana . WA rasa beruntung sangat kerana WA dapat buat apa yang palapes disana buat . Antaranya jungle trecking , panjat dinding setinggi 6 kaki , tapak kaki gajah , monkey bar dan lain - lain . WA rasa puas sebab dapat buat semua tu :D

Arghhhhhhhhh bengang seyh WA , dah lah dua kali jatuh . Pertama , masa kat monkey bar boleh pulak tangan WA terpusing memang jatuh lah . Eh time WA tengah buat mongkey bar tu boleh pulak sarjan kat tepi tu panggil WA kecik , hayoo sarjan nampak saya kecik ke ? Kedua , time swing tu . Sedapp je mandi kat dalam air berwarna coklat untuk kedua kalinya kat situ . Si NAZRUL tak habis - habis gelakkan :P

Latihan pertama kiteorang time second day tu ialah JUNGLE TRECKING . Group WA gerak paling lambat sebab Captain group WA lah , terhegeh - hegeh . Fuhh nasib baik dalam group WA ada yang pakar tengok peta . Kalau tak dah sesat . Pelbagai halangan kiteorang tempuh bersama :) Ceewahh :D Siap dapat tengok face to face dengan monyet lagi . Hehe :D

Pastu kiteorang lambat habis latihan tu , kiteorang kena denda . Nak tahu tak ape denda kiteorang ? Kiteorang kena rendam dalam air sungai paras bahu , WA rasa tu first time WA kena . Dah lah air tu sejuk , kotor pulak tu . Terima je lah .. Yang paling WA suka sebab orang yang tak basah pon basah sekali . Haha :P Padan muka .

Pastu kiteorang ada IKHTIAR HIDUP . Kiteorang kena cari pokok yang boleh dimakan , dibuat ubat , dan dijadikan perangkap haiwan . Kiteorang lulus dalam cabaran tersebut :) Tapi macam - macam nama pokok yang kiteorang sebut ada je yang salah lagi .

Ape dahh kau nie NAZRUL pokok lundai jadi pokok kerbau , terbahak - bahak seyh WA time salah cakap kat sarjan tu . Tu lah kau kuat sangat tarik pokok pon boleh tercabut sekali akar -akar . Pastu boleh pulak buat muka tak bersalah an ? Dah tercabut masuk kat balik konon - konon macam tak tercabut . Ayoyooo

Latihan terakhir untuk hari kedua ialah NIGHT WALK . Sebelum gerak masuk hutan tu siap ada yang buat alasan pening lah sakit perut lah . Tapi sebenarnye semua takut . Haha :D Kelakar tengok gelagat dierang .Yang menangis pon ada tau . Disebabkan group WA ada yang takut kami semua berbincang dengan Captain group kiteorang supaya tunggu kitorang kat depan :) Pigirahhh sebenarnye WA pon tak de lah berani mane pon . Berjaya jugak rancangan kiteorang .

Thanks JJ sebab ikut budak perempuan dari belakang , nak harapkan yang lain . Hampehhh ! Tapikan kau JJ boleh pulak kedepan kebelakang an ? Dah lah lu time tu pakai sweater warna putih , mahu kecut perut WA tengok lu . Yang budak perempuan india plus cina semua dah lari kedepan menggigil WA time tu .

Kiteorang kena lalu sungai yang beselut , nasib baik kasut tak tertanggal . Tapi warna kasut jadi cantikk lah , warna coklat lain dari yang lain :) Haha , semula jadi tu . WA banyak kali tergelincir , tapi nasib baik mase naik bukit WA lepas . Yahoo !

Perghhh masa naik bukit boleh pulak ketua kumpulan WA cakap macam nie ' teging seyh nak naik sendiri ' disebabkan WA bimbang WA jatuh jadi ikut je lah arahan yang diberi an :) Mahu kasarnya tangan WA pegang tanah - tanah tu . Tapi WA tak kesah , sebab best pengalaman time tu .

Hari yang terakhir tu , pagi - pagi semua dah rebut bilik air nak mandi . Kalau boleh semua nak masuk cepat . Haha :D Start pkul 7.30 semua dah nak berkumpul untuk buat senaman sikit sebelum memulakan aktiviti seterusnya . Cikgu bagitahu yang kiteorang akan bergerak kepada orang lain .

Nak tahu tak ape aktiviti kitorang yang last sekali ? Kiteorang naik Balai Charap , tempat paling tinggi kau UTM tu . Kat situ semua bende boleh nampak tau . Best gilee .. Kiteorang terpaksa berjalan sepanjang 5 kilometer untuk sampai kesitu . Banyak kalori dah pecah , hehe :) Dah jalan lama - lama tu kena pula mendaki gunung yang agak - agak kiteorang senang nak terbalik .

Masa dah sampai tu boleh pulak budak - budak cina lompat - lompat . Lemah jantung dibuatnya .. Tapi papepon keseluruhan memang menarik di Balai Charap tu .