|
The Owner
Annyeong !
As'salam & annyeong. I'm an ordinary girl and wifeu of my bias. Do leave your footprints & do visit again. ThanKYU.
Tagboard
Leave Your Footprints Here ! Credits
Big Claps ![]() © 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.
| //Seorang Kawan
Assalamualaikum ♥
anggap je la "Assalamualaikum" dengan lep lep kaler merah mak ngah sebagai pendahuluan. dah menggelupor tak ketahuan hala nak taip isi penting. aci tak? aci tak?
angguk angguk, tak nak geleng geleng. sratuspatblasribu peratus yuyu setuju dengan kata kata dari Saidina Ali Ibn Talib (r.a). rilek rilek cakap, kawan ni bersepah boleh dapat.rasa takkabur nak cakap yang kawan fifah kat facebook pun nak 2 ribu.
itu baru kawan kat fesbuk, dua ribu hasil main bedal approve, tak kira lagi dengan kawan zaman main tengteng, zaman hingus hingus, kawan sekolah menengah, universiti, ada juga jadi kawan masa lepak mamak zaman muda mudi dulu.
hai cik adik manis, boleh jadi kawan?
err boleh je. *dengan wajah inesen habis, walhal, berbunga hati, hensem kot mamat tu*
meh la number talipon, nanti boleh contact balik nanti.
nah... ambik ambik ambik ni!
dengar kadar sungguh segera je fifah bagi number talipon kat laki masa zaman jahiliah dulu. dulu. alih alih jadi kawan. tu pun kawan juga. sekarang dah insap.
tapi, adakah mereka mereka tersebut adalah kawan yang benar-benar seorang kawan dikala kita berada dalam kondisi kesusahan, dikala kita tidak dengan mereka mereka, juga dikala kita tiada lagi di dunia? dan dikala ini rasa macam tak perlu kot nak menaip bagai buku teks sejarah dengan tatabahasa rosak. mereka mereka? ha??
Kawan, Sahabat, Teman, Rakan, yang sejati adalah bukan muka yang sama je bila tengah chilek, bila sedih gundah gulana, hampeh la, talipon pun tak semena-mena meng-off-kan mode. baik bukan saja apabila dengan kita, tapi bila dengan opah mahupun dengan jiran bapak tiri dia pun, dia tetap baik dengan kita, cakap yang baik tentang kita, dah menjaga nama baik seorang kawan.
mungkin dua ciri ciri kawan di atas, rilek je nak dapat. tapi yang susah nak dapat adalah kawan yang bila kita dah dijemput oleh Yang Maha Esa, dia terus "kawan" dengan kita. bukan setakat semasa kita di dunia, dia selalu membuat kita bahagia, tapi bila kita dah mati nanti, dialah kawan yang selalu mendoakan yang terbaik untuk kita di sana. sentiasa membantu kita bahagia, di alam yang kekal abadi.
Alhamdulillah, syukur sekarang, fifah di kurniakan beberapa ketol Sahabat yang sentiasa dengan fifah waktu fifah tengah chilek mahupun tengah kacau bilau. cuma fifah harap, bila fifah takde nanti, dorang terus "kawan" fifah. Aminn..
demm. tetiba rasa emo, air mata bertakungan umpama Lembah Nil, hati sebak, mood huru hara. tak semena mena. *tipu* kawan seramai mungkin, selain meluaskan ukhwah, InsyaALLAH, kita adalah dapat Kawan Sejati. terima kasih sudi baca :') |